Perubatan Avatar

Perubatan Avatar (Bahasa Inggeris: Avatar Medicine) merupakan sejenis teknologi perubatan yang mengguna pengganti, sama ada virtual atau konkret, untuk mengganti pesakit dalam proses mengumpul maklumat untuk penentuan penyakit atau rawatan. Teknologi perubatan moden ini mampu mengurangkan risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit dan juga menyingkirkan batasan masa dan jarak yang mungkin dihadapi oleh mereka. Pengumpulan spesimen dan data khusus kepada seseorang pesakit adalah sangat konstruktif kepada kajian perubatan, perundingan kesihatan, pernilaian dan diagnosis klinikal, serta rawatan medikal.
Dalam perubatan moden yang lebih “tradisional”, pakar kesihatan akan membuat penilaian berdasarkan luahan dan simptom pesakit, pemeriksaan biasa, data klinikal dan juga pengalaman mereka sebelum mereka menentukan penyakit yang dihidap oleh seseorang pesakit. Selepas ini, mereka secara langsung, akan memberi preskripsi yang yang sama seperti yang dinyatakan dalam garis panduan perubatan. Hal ini bermaksud bagi penyakit yang sama, pesakit secara umum, akan mendapat ubat yang sama. Namun demikian, konsep “One-Size-Fits-All” ini mempunyai kelemahannya disebabkan ubat yang diberi ini tidak semestinya mujarab kepada setiap pesakit dan ini akan menyebabkan keberkesanan rawatan jauh berbeza bagi setiap kes perubatan. Dengan kemunculan inovasi perubatan ketepatan yang diperibadikan atau “personalized precision medicine”, perubatan moden menjurus kepada era yang baharu dan kekurangan yang wujud dalam sistem perubatan dan kesihatan kini dapat diatasi. Perubatan ketepatan yang diperibadikan ini memberi tumpuan kepada hubungan antara penyakit dan biomolekur (DNA, protein, metabolites dan lain-lain) dan selanjutnya membuat perbandingan dan menjejaki perkembangan penyakit, juga membuat analisis penyakit berasaskan DNA pesakit tersebut biarpun penyakit itu sama seperti yang lain sahaja. Dengan ini, pakar kesihatan dapat menggunakan data ini untuk membuat ramal secara tepat dan mengurangkan percubaan rawatan mereka. Hal ini secara langsung, dapat mengurangkan penggunaan ubat yang tidak berkesan sebagaimananya kerap berlaku dalam perubatan moden yang bertradisi.[1]
Sejak beberapa tahun ini, perubatan avatar semakin rancak digunakan dalam bidang perubatan disebabkan ketepatannya yang lebih tinggi dan juga kelemahan ujian DNA. Pemeriksaan DNA tidak dapat memaparkan sifat dan aktiviti biomolekur dalam tubuh secara berseluruhan. Antaranya DNA-protein, protein-protein, protein-metabolites, di samping heterogeniti penyakit.[2] Penggunaan perubatan avatar semakin popular dalam pelbagai jenis penyakit kronik termasuk penyakit kencing manis, Parkinson dan kanser dengan mengguna pengganti pesakit sendiri dalam proses perubatan. Teknologi perubatan ketepatan yang diperibadikan ini membuka pintu baru kepada rawatan kanser. Rawatan kanser yang sungguh berkesan dengan kesan sampingan yang paling minimum bukan lagi kayangan tetapi merupakan kenyataan.